<body>
♥♥ Isnin, 31 Mac 2008♥♥

TEMA:~
:perkara yang dibincangkan
->kamus dewan:subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dan sebagainya, tajuk, pokok.

->Glosari Istilah Kesusasteraan(DBP:1988): idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera.

-Dalam karya prosa yang bukan cerita, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum dalam pembincangan, bahan karangan, ataupun yang disebut sebagai tesis.

-Dalam cereka, tema menjadi panduan bagi pengarang memilih bahan-bahan dalam ceritanya itu dan untuk disusunnya.

-Tema dalam sesebuah cerita, tidak dapat dilihat sepenuhnya sehingga cerita itu selesai dibaca.

-Dalam puisi dan drama, tema adalah konsep yang abstrak yang menjadi konkrit melalui karya, iaitu melalui cara-cara watak-watak bertindak, berfikir dan bergerak atau cara-cara watak-watak itu berkonflik antara satu sama lain, cara cerita itu diselesaikan, semuanya menentukan rupa tema yang dikemukakan pengarang. Jadi pengertian yang terkandung di sebalik karya itulah yang dikatakan pokok persoalan atau tema.


Perutusan-mesej atau amanat seorang penulis hendak sampaikan melalui tema sesebuah
karyanya
-disampaikan dengan melalui pelbagai cara
-menyokong keunggulan plot dan tema
-peristiwa dan sikap watak serta pengalamannya dalam teks itu boleh dianalisis
untuk mendapatkan perutusan
-perutusan boleh berbentuk eksplisit atau inplisit.

PERSOALAN:~

-isu apa yang hendak diutarakan
-adalah isu atau hal yang penulis kemukakan dalam karyanya
-persoalan-persoalan ini termasuklah sebarang hal yang bersangkutan dengan kehidupan masyarakat dan sekitaran

PENGAJARAN:~
-adalah nasihat atau nilai-nilai moral yang diutara oleh penulis melalui karyanya

PLOT:~
-jalan cerita
-susunan
-rentetan peristiwa dari awal hingga akhir
-pengenalan->konflik->klimaks->pengakhiran
-adalah sesuatu yang menghubungkan setiap peristiwa signifikan dalam sesebuah cerita
-setiap peristiwa itu rapat pertaliannya/hubungunnya dengan gerak laku secara fizikal dan secara emosional watak-wataknya

a)Plot kronologi
-disusun mengikut perurutan peristiwa demi peristiwa dari mula hingga akhir cerita

b)Plot Tidak Kronologi
-disusun tidak mengikut urutan peristiwa. Cerita boleh bermula dari bahagian pertengahan, diimbas peristiwa-peristiwa sebelumnya lalu menuju ke arah pengakhiran cerita.

Label: , , ,



8:30 PG


♥♥ ♥♥


Plot
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

Teknik Plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.

Label:



8:08 PG