♥♥ Ahad, 15 Februari 2009♥♥
KARANGAN NARATIF
"Encik!Encik!Kad Encik terjatuh!"aku menjerit kuat memanggilnya tetapi sia-sia sahaja.
Jeritanku tidak didengari oleh lelaki yang baru bergegas keluar dari makmal sains. Aku pun tidak memikirkan sangat tentang hal itu kerana mungkin kad yang terjatuh ke lantai itu tidak penting baginya.
Aku pun meneruskan langkahku menuju ke makmal sains untuk menghantar tugasan sainsku. Tiba-tiba, aku terbau sesuatu yang kurang menyenangkan menusuk ke hidungku sebelum tedengar bunyi letupan yang kuat.
"Boom!"
Aku pun segera menyelamatkan diri disebalik tembok besar.
"Apa yang berlaku?" hatiku bertanya.
Jantungku berdegup kencang. Aku terlihat asap kelabu berkepul-kepul keluar dari makmal sains. Kerana rasa ingin tahu, aku pun bergegas masuk ke dalam makmal sains.
Aku menyesal kerana memilih untuk memasuki makmal sains itu. Asap kelabu yang tebal menghalang penglihatanku dan tekakku terasa perit. Aku cuba mencari jalan keluar dari makmal itu tetapi tidak berjaya. Aku mengalami sesak nafas dan tidak boleh bertahan lagi. Aku pun jatuh rebah ke lantai.
Apabila tersedar semula, aku menyedari bahawa aku tidak berada di makmal sains lagi. Tanganku dicucuk jarum yang disambungkan kepada sejenis botol ubat dan di sebelahnya pula terdapat sebuah mesin yang berbunyi bising. Aku menjadi cemas dan bingung akan suasanaku. Aku ingin melepaskan diriku dari jarum-jarum itu tetapi dihalang oleh seseorang yang tidak dikenali. Aku melihat ke arah orang itu lalu mengerutkan keningku kerana tidak dapat mengecam wajahnya. Lelaki itu, yang melihat aku di dalam kebingungan segera memperkenalkan dirinya.
"Saya Inspektor Hady. Saya ingin menyoal siasat anda kerana anda adalah suspek utama kami di dalam kejadian letupan makmal sains,"lelaki itu berkata.
"Saya suspek utama?Tidak mungkin!Ini semua pasti satu salah faham,"saya membangkang.
"Mengapakah anda kata begitu?Anda seorang sahaja yang berada di makmal sains itu ketika kejadian berlaku,"jawap Inspektor Hady.
Aku pun mula menceritakan mengenai kejadian itu kepada Inspektor Hady. Mengenai aku yang sedang dalam perjalanan ke makmal sains untuk menghantar tugasan dan tiba-tiba berlaku letupan di makmal sains. Sedang aku bercerita mengenai peristiwa itu, tiba-tiba aku teringat mengenai lelaki yang bergegas keluar dari makmal sains dan sekeping kad yang terjatuh. Aku pun segera memberitahu Inspektor Hady. Inspektor Hady pun segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seorang detektif yang sedang melakukan siasatan di kawasan kejadian.
Keesokan harinya, di hadapan suratkhabar terdapat sebuah artikel mengenai kejadian letupan di makmal sains kami. Sebenarnya, kad yang terjatuh itu adalah kad pengenalan lelaki yang aku nampak bergegas keluar dari makmal sains. Dia adalah pekerja pembersih di makmal kami. Difahamkan dia mempunyai masalah mental dan sengaja memasukkan plastik ke dalam ketuhar supaya ia akan meletup. Lelaki itu telah diberkas dan telah di masukkan ke hospital sakit jiwa. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Aku pula telah diberi hadiah penghargaan daripada sekolah. Aku bangga aku dapat menolong sekolahku menyelesaikan kes ini. Walaupun aku dimasukkan ke hospital untuk seminggu kerana terhidu asap, ia tetap berbaloi kerana aku semakin dikenali ramai sekarang termasuk satu Singapura.
11:01 PTG
♥ SELAMAT DATANG!
Selamat datang ke blog saya!(:(: blog ini adalah untuk pelajaran bahasa melayu dan juga sastera.
♥ TENTANG SAYA
nama saya
syahirah
saya bersekolah di
BPGHS
kelas saya ialah
4L1
♥ TEMAN-TEMAN SAYA
adilah.
aisyah.
amirul.
fadhilah.
farhanah3T1.
fazleen.
izyan.
nadiah.
ridhwan.
sabrina.
sulaiman.
syafiq.
syahir.
tiara.
umairah.
cikgu manaf.
♥ MARI BERBUAL
♥ BARU-BARU INI
~
Januari 2008
~
Februari 2008
~
Mac 2008
~
April 2008
~
Mei 2008
~
Jun 2008
~
Julai 2008
~
Ogos 2008
~
Oktober 2008
~
Januari 2009
~
Februari 2009