<body>
♥♥ Ahad, 11 Januari 2009♥♥

Respons Peribadi Tentang Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Pada pendapat saya, buku ini amat menarik sekali. Cerita pada pengakhiran ceritanya sungguh menyedihkan. Zainudin yang betul-betul mencintai Hayati terpaksa melupakan niatnya untuk menjadikan Hayati sebagai isteri kerana Aziz terlebih dahulu telah melamar Hayati. Dan apabila Aziz sudah memberikan Hayati kepada Zainudin, Zainudin tidak mahu menerima Hayati. Hanya apabila Hayati sudah pergi, barulah Zainudin menyedari bahawa dia masih mencintai Hayati tetapi ia sudah terlambat kerana kapal yang dinaiki Hayati tenggelam. Tragik sungguh cerita ini sehingga boleh menyebabkan sesiapa pun menangis. Cinta antara dua orang kekasih yang tidak kesampaian. Mula-mula saya membaca buku ini, saya tidak faham apa yang ditulis tetapi setelah meneruskan membaca, barulah saya dapat faham apa yang cuba diceritakan. Keseluruhannya,buku ini amat baik dan dapat mengajar kita tentang banyak perkara(:


8:48 PTG