Anugerah jenama paling popular anjuran Persatuan Syarikat Kecil Dan Sederhana (ASME) baru-baru ini telah dimenangi oleh syarikat Mr Bean. Syarikat Mr Bean telah memenangi anugerah ini buat tiga tahun berturut-turut. Syarikat yang semakin berkembang maju itu dimiliki oleh dua orang rakan niaga iaitu Encik Kang Puay Seng dan Encik Loh Jwee Poh.
Syarikat Mr Bean yang hanya bermula beroperasi di People’s Park Food Centre kini berkembang pesat dengan adanya 50 cawangan di serata Singapura sekarang. Dari hanya seorang pekerja sekarang, Mr Bean kini menggajikan lebih dari 420 pekerja. Untuk mencapai kejayaan ini, bukanlah sesuatu yang senang. Banyak cabaran yang harus ditempuh. Tetapi, berkat hasil usaha mereka, nama Mr Bean sudah terkenal di kalangan rakyat Singapura.
Selain sistem pengurusan yang cekap, kedua-dua pemilik syarikat Mr Bean ini berani mencuba sesuatu yang baru dan unik untuk menarik lebih ramai pelanggan. Antaranya ialah lempeng ala Jepun yang berperisa kacang, keju dan bermacam-macam lagi yang dilancarkan 10 tahun dahulu. Mereka juga menjual biskut Mr Bean, ais krim kacang soya yang rendah lemak, pelbagai perisa air kacang soya dan yang terbaru, air bandung dan cendol yang menggunakan air kacang soya.
Syarikat Mr Bean mempunyai ramai peminat dari berbagai usia, bangsa dan agama. Ini kerana hasil khasiat kacang soyanya yang tinggi dan imejnya yang sentiasa mengikuti perkembangan zaman.
Syarikat Mr Bean juga sanggup membelanjakan wang yang agak besar untuk melatih pekerja menjadi pekerja yang berkebolehan. Ramai pekerja yang diambil mereka sebelum ini bekerja di kilang elektronik oleh itu latihan ini amat penting. Mr Bean menganggap kesemua pekerja mereka berharga.
Walaupun wang yang dilaburkan oleh kedua-dua pemilik ini tinggi, pulangannya amat berbaloi. Bagaimanapun, syarikat ini tidak lokek kepada yang memerlukan. Mereka aktif dalam pertubuhan amal seperti Operasi Senyum dan juga untuk mengumpulkan dana bagi sekolah Autistik Pathlight. Seperti yang dikatakan oleh Encik Kang “Falsafah kami adalah mudah. Kami ingin memberi balik kepada masyarakat, terutama yang susah dan memerlukan bantuan. Jika kami menolong orang lain, kami percaya kami akan dibalas berlipat kali ganda.”
Tidak hairanlah kenapa Mr Bean mampu berjaya dan berkembang pesat pada zaman ini.
syahirah razak(22)
4L1
8:25 PTG