Kerjaya Pilihan Saya
Semakin diri saya meningkat dewasa, pasti ramai orang akan bertanya kerjaya apakah yang ingin saya ceburi nanti? Saya akan hanya tersenyum kepada orang yang bertanya itu. Terlintas di fikiran juga, kerjaya apakah yang ingin saya ceburi ya?
Selepas berfikir masak-masak dan menanyakan pendapat ibu dan bapa saya, saya bercadang saya hendak menceburkan diri di dalam kerjaya yang ada kaitan dengan biomedikal sains. Dulu, saya teringin sangat ingin menjadi seorang doktor tetapi sekarang minat saya telah berubah.
Untuk menceburi kerjaya yang berkaitan dengan biomedikal sains, mestilah sains saya harus bagus. Sains seperti biologi dan kimia amatlah penting. Subjek-subjek lain seperti matematik pun tidak kurang pentingnya. Saya harus betul-betul menguasai subjek sains jika ingin berjaya dalam kerjaya ini. Oleh itu, dari sekarang saya sudah mengambil subjek biologi dan kimia untuk memudahkan saya mengambil kursus dalam bidang biomedikal sains kelak.
Persediaan yang perlu dibuat pada masa sekarang ialah untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan O’level yang bakal menjelang ini. O’level adalah penentu sama ada saya akan masuk ke maktab rendah ataupun politeknik untuk meneruskan cita-cita saya dalam bidang biomedikal sains. Jika keputusan peperiksaan O’level saya kurang baik, kemungkinan saya tidak akan dapat mengambil kursus dalam biomedikal sains. Oleh itu, saya harus lakukan yang terbaik untuk peperiksaan O’level tahun ini.
Kerjaya yang berkaitan dengan biomedikal sains menjadi pilihan saya kerana kerjanya amat menarik. Jika terdapat penyakit-penyakit baru yang menular, saya boleh membuat kajian mengenai penyakit ini dan mungkin dapat mencari penawar kepada penyakit ini. Yang penting, saya suka membuat kajian di makmal dan oleh sebab itulah saya memilih kerjaya yang berkaitan dengan biomedikal sains.
Biomedikal sains diramal akan mendapat permintaan yang popular pada masa akan datang. Industri biomedikal sains adalah tiang kepada ekonomi Singapura. Singapura juga ingin menjadi biomedikal hub Asia dan juga wilayah. Oleh itu, jika saya memilih kerjaya yang berkaitan dengan biomedikal sains, pasti saya tidak akan kecewa kelak dan pasti akan ada peluang pekerjaan bagi saya.
Label: Kerjaya Pilihan Saya
7:09 PTG