<body>
♥♥ Jumaat, 24 Oktober 2008♥♥

Karangan BML EOY Bahagian A (soalan 1)
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Siti Syahirah Bte Abdul Razak– Men 3L1 (2008)

Normila Batrisyah Binti Abdul Aziz
Blk 444,Jalan Choa Chu Kang,
#02-123,
Singapura 640444

22 September 2008

Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang
Bangkit Office
Blk 256 Bangkit Road,
#01-71,
Singapura 670256

Tuan

Masalah Kebersihan Di Estet Perumahan

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku penduduk di estet perumahan di Jalan Choa Chu Kang, ingin menyatakan keprihatinan saya terhadap tahap kebersihan di estet perumahan yg saya diami.

2. Terdapat banyak insiden dimana para penghuni rumah-rumah pangsa kerap membuang sampah sarap dan barang-barang yang tidak diperlukan lagi di merata-rata tempat di estet perumahan. Sampah sarap itu termasuklah sisa-sisa makanan dan tisu kotor manakala barang-barang yang tidak diperlukan ialah seperti almari buku, katil dan bermacam-macam jenis barang elektrik.

3. Selain daripada ia mencemarkan kebersihan estet perumahan ini, ia juga boleh mengundang bahaya dan akan mengganggu keselamatan orang ramai kerana kebanyakan barang-barang yang dibuang itu adalah barang-barang yang mudah terbakar. Barang-barang yang dibuang di merata-rata tempat juga akan menghalang laluan pejalan kaki dan jika terdapat sebarang kecemasan berlaku, ia akan menyukarkan seseorang untuk melarikan diri dengan segera.

4. Sampah sarap dan barang-barang yang dibuang juga mungkin akan menjadi tempat-tempat pembiakan nyamuk. Apabila pembiakan nyamuk semakin meningkat, penyakit-penyakit merbahaya seperti denggi juga akan meningkat. Sampah sarap seperti sisa makanan juga akan menarik perhatian anjing dan kucing liar. Ia juga akan menarik perhatian tikus-tikus untuk menjamu selera dan mereka akan menyebarkan penyakit kepada penduduk.

5. Cara-cara untuk menangani keadaan tersebut adalah dengan mengadakan kempen kebersihan.Dengan adanya kempen kebersihan ini, para penduduk akan menyedari betapa pentingnya untuk mejaga kebersihan estet perumahan mereka. Jika selepas kempen kebersihan telah dijalankan tetapi masih ada penduduk yang masih berdegil, maka mereka haruslah didenda jika ditangkap membuang sampah atau barang-barang di merata-rata tempat.Tempat khas juga bolehlah disediakan untul para penduduk membuang barang-barang yang tidak diperlukan oleh mereka lagi.Dengan adanya tempat khas ini, mereka tidak akan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di merata-rata tempat. Barang-barang yang masih elok bolehlah didermakan kepada warga susah kerana tidak semestinya semua barang yang dibuang itu sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Kadangkala, barang-barang yang tidak diperlukan lagi mungkin lebih berharga kepada seseorang yang lain.

6. Dengan itu, saya berharap pihak tuan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah kebersihan yang dialami di estet perumahan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Normila Batrisyah Binti Abdul Aziz

Label:



9:16 PTG