<body>
♥♥ Jumaat, 24 Oktober 2008♥♥

Karangan BML EOY Bahagian B (Soalan 3)
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Siti Syahirah Bte Abdul Razak – Men 3L1 (2008)

Di dunia yang semakin moden dan maju ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian akademik yang cemerlang itu amat penting sekali bagi seseorang.Tetapi, pernahkah anda terdengar bahawa seseorang yang mendapat kelulusan yang tinggi pun masih belum mendapat pekerjaan walaupun sudah berbulan-bulan mencari?Mungkin anda tertanya-tanya mengapakah berlaku perkara sedemikian.

Walaupun kita mendapat pencapaian akademik yang cemerlang, ia tetap masih belum mencukupi.Pada zaman sekarang ini, ramai tidak hanya akan melihat kejayaan seseorang itu, tetapi juga pengalaman dan kemahiran yang terdapat dalam diri seseorang.Apabila terdapat ketiga-tiga aspek penting ini, barulah mereka akan memandang kita dengan rasa hormat dan kehidupan masa hadapan akan terjamin.

Pengalaman.Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman?Pengalaman itu adalah apa yang telah dirasai, dialami atau ditempuhi.Pengalaman itu termasuklah pengalaman kita menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti masalah mengenai kerja, kawan ataupun mengenai kehidupan.Pengalaman juga bolehlah termasuk pengalaman menguruskan sesuatu pekerjaan.Pengalaman ini tidak boleh dipelajari dari mana-mana buku tetapi haruslah dilalui oleh seseorang itu.Pengalaman juga akan membuat seseorang lebih matang dan akan lebih serius dalam membuat pekerjaannya sehari-hari.

Kemahiran.Kemahiran pula bermaksud kecekapan ataupun kepandaian. Seperti sekarang, kita haruslah mempunyai kemahiran menggunakan komputer jika ingin berjaya. Jika seseorang itu tidak tahu menggunakan komputer, peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan lebih tipis berbanding dengan mereka yang tahu menggunakan komputer. Ini kerana, kebanyakan pekerjaan zaman ini perlu menggunakan komputer. Kemahiran juga adalah mengenai kepandaian kita menggunakan sesuatu alat ataupun barang di dalam sesuatu pekerjaan. Jika kita tidak tahu menggunakannya,seseorang itu tidak mungkin akan mengambil kita bekerja.

Apabila kita mempunyai pencapai akademik yang cemerlang, pengalaman yang luas dan kemahiran yang mendalam mengenai sesuatu bidang, maka peluang untuk kita mendapatkan pekerjaan itu akan semakin cerah.Apabila pekerjaan kita sudah tetap, maka masa hadapan kita juga akan terjamin. Oleh itu, janganlah kita tumpukan perhatian kepada bidang akademik sahaja tetapi kita haruslah juga menimba pengalaman dan kemahiran supaya kehidupan kita akan senang pada masa hadapan. Semakin dunia bergerak maju, keperluan yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan itu juga akan berubah-ubah. Kita haruslah mengikuti arus perubahan ini supaya tidak ketinggalan.

Label:



10:19 PTG