Syahrizan binti Ahmad
Blk 10 Teck Whye Avenue
#21-50
Singapura 688910
28 April 2008
Pengetua
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
7 Chua Chu Kang Avenue 4
Singapura
Tuan
Masalah Disiplin Di Sekolah
Berhubung dengan perkara dia atas, saya selaku seorang murid di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, kelas 3L1, ingin menyatakan keprihatinan saya terhadap masalah disiplin yang berlaku di sekolah ini.
2 Sebahagian besar daripada murid-murid di sekolah ini tidak lagi menghormati guru-guru mereka. Mereka bersikap kurang ajar terhadap guru-guru mereka. Ada yang tidak mahu mendengar nasihat yang diberikan oleh guru mereka walaupun nasihat itu adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri. Mereka kadangkala juga menjawap pertanyaan guru dengan kasar sekali.
3 Kebanyakan murid-murid juga akan membuat bising di dalam kelas. Tidak dihiraukan sama ada terdapat guru di dalam kelas ataupun tidak. Mereka akan ketawa dengan kuat dan bergurau senda antara satu sama lain. Perbuatan mereka ini akan menjejas murid-murid yang ingin memberi tumpuan di dalam kelas.
4 Terdapat murid-murid yang tidak memakai baju seragam sekolah dengan sempurna dan kemas. Terdapat baju murid-murid yang tidak bergosok dan kotor. Ini akan mencemarkan imej sekolah. Orang ramai akan berfikir bahawa sekolah ini tidak mementingkan soal kekemasan baju seragam sekolah dan akan timbullah pandangan-pandangan yang negatif.
5 Murid-murid juga kerap kali didengari menggunakan bahasa yang kurang elok seperti makian. Walaupun zaman sudah berubah, pada pendapat saya, tidak perlulah menggunakan bahasa-bahasa seperti itu. Ia sememangnya tidak baik dan hanya akan membawa keburukan dari kebaikan. Tabiat seperti ini juga mungkin akan terbawa sehingga tua.
6 Oleh itu, langkah-langkah yang harus diambil bagi menangani masalah-masalah disiplin ini ialah dengan mengadakan program-program bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini supaya mereka dapat berubah. Ibu bapa juga bolehlah memainkan peranan dengan cuba mendampingi anak remaja mereka dan bertanyakan kepada anak mereka apakah masalah sebenarnya sehingga mereka berkelakuan sedemikian. Kemudian, ibu bapa bolehlah cuba menolong mengubah sikap anak mereka itu. Dengan kasih sayang dan sokongan moral daripada ibu bapa, mungkin para pelajar akan berasa insaf dan akan berubah. Jika mereka tidak berubah juga, tindakan disiplin haruslah diambil dan mereka haruslah membuat kerja-kerja kemasyarakatan sehingga mereka berubah.
Saya berharap Tuan akan dapat mengambil tindakann yang sewajarnya untuk menangani masalah ini. Terima kasih.
Yang benar
Syahrizan Binti Ahmad
Label: "masalah disiplin di sekolah", surat kiriman
10:22 PTG