♥♥ Ahad, 13 Januari 2008♥♥
Memandangkan aku terlalu sibuk semasa hari isnin hingga jumaat dan tidak sempat hendak menatap komputerku ini, akan ku rumuskan kesemua aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan di dalam satu post..
januari 7,isnin
Pada hari isnin, kami mempelajari tarian melayu tradisional.Kami diminta menolak kesemua meja dan kerusi ke tepi dan bermulalah kelas kami. Cikgu menerangkan dahulu jenis-jenis alat muzik yang digunakan di dalam muzik yang sedang kami dengar. Kemudian cikgu menyuruh kami menari. Pada pendapat aku, tariannya sungguh memeningkan. Maklumlah, aku tidak biasa menari(: Aku berasa kekok dan malu pun ada. Menari dengan lemah gemalai jauh sekali dapat ku lakukan. Tetapi, keseluruhannya amat menyeronokkan sekali. Malangnya, aku tidak dapat belajar menari zapin pada hari rabu kerana tidak hadir ke sekolah.
januari 10,khamis
kelas melayu:
Hari ini kami mempelajari kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.
kata nama:~
-terdiri daripada satu perkataan bebas sahaja
-kata yang mempunyai makna lengkap
-kata yang menjadi inti pada frasa nama
-segolongan terdiri daripada penjodoh bilangan
contoh:yu,ru,belantara,bumi,dll
kata kerja:~
-berbentuk tanpa imbuhan
-ada 80 patah kata kerja yang hadir sebagai predikat tanpa imbuhan
-kata kerja tak transitif
contoh:ada,balik,pulang,datang,gagal,hancur,ikut,jaga,keluar,lahir,mara,terbang.
kata adjektif:~
-terdiri daripada kata dasar
-tiada gabungan dengan imbuhan
-tidak mengalami proses penggandaan
-digunakan sebagai penerang nama
-menerima atau tidak kata bantu dan kata penguat
contoh:cara hidup petani itu amat sederhana
Kata sendi:~
-terdiri daripada pelbagai jenis-heterogen
-menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik
-kata hubung,kata bilangan, kata penguat,dsb
contoh:mereka mungkin pergi ke Johor atau Melaka.
http://myfreefilehosting.com/f/6aa77ab607_16.05MB
januari 11,jumaat
Hari ini kami hanya berbincang tentang artikel-artikel forum yang dipetik dari Berita Harian. Sebenarnya, saya memang menyukai akan forum ini kerana pembaca dapat meluahkan masalah mereka dan barulah pihak-pihak tertentu akan mengambil perhatian akan masalah-masalah sebegini seperti kaji syarat buku teks percuma ataupun tentang mengambil orang tengah untuk kumpulan hadrah. Kami juga diberitahu oleh cikgu untuk menulis karangan sepanjang 6 halaman. Pada pendapat saya ia sesuatu yang mustahil tetapi saya telah pun dapat menghabiskan menulis karangan itu pada petang semalam(:
Label:
minggu yang pertama
5:39 PTG
♥ SELAMAT DATANG!
Selamat datang ke blog saya!(:(: blog ini adalah untuk pelajaran bahasa melayu dan juga sastera.
♥ TENTANG SAYA
nama saya
syahirah
saya bersekolah di
BPGHS
kelas saya ialah
4L1
♥ TEMAN-TEMAN SAYA
adilah.
aisyah.
amirul.
fadhilah.
farhanah3T1.
fazleen.
izyan.
nadiah.
ridhwan.
sabrina.
sulaiman.
syafiq.
syahir.
tiara.
umairah.
cikgu manaf.
♥ MARI BERBUAL
♥ BARU-BARU INI
~
Januari 2008
~
Februari 2008
~
Mac 2008
~
April 2008
~
Mei 2008
~
Jun 2008
~
Julai 2008
~
Ogos 2008
~
Oktober 2008
~
Januari 2009
~
Februari 2009