|
loveth-headline♥ tentangku teman-temanku blog |
|
berbual-bual
|
selamat datang!
|
tentang saya
saya bersekolah di BPGHS kelas saya 3L1 |
teman-temanku
arkib blog
baru-baru ini...
| Rabu, 2008 Ogos 06
AKU MENJADI LEBIH BERANI Makna: Stanza yang pertama menggambarkan bahawa penyajak sedang berada di alam sebuah perkelahian. Ini dapat dibuktikan dari baris kedua dan ketiga rangkap pertama, "kau berbaju biru dan bajuku ungu". Baju biru dan ungu yang berbeza warna melambangkan bahawa penyajak sedang bermusuhan dengan seseorang rakannya dan mereka mempunyai pendirian yang bercanggah. Seterusnya, dalam rangkap yang sama baris keempat hingga keenam "Sayang, hanya aku tahu hatimu tak setulus hatiku", ini menggambarkan bahawa penyajak tidak senang akan musuhnya itu. Frasa "hanya aku" di mana perkataan "aku" merujuk kepada penyajak menyatakan penegasan penyajak bahawa penyajak amat mengenali perangai musuhnya itu dan hanya dia sahaja yang mengetahui perangainya yang selalunya tersembunyi dari pandangan orang lain. Ini kerana penyajak berpendapat bahawa musuh itu tidak mempunyai hati yang seikhlas hati orang lain. Baris terakhir dalam rangkap tersebut "yang berbaju ungu" membuktikan bahawa penyajak sedang menekankan sekali lagi bahawa musuhnya itu berbaju biru, iaitu dia tidak menyebelahi dirinya yang berbaju biru. Mengikut stanza kedua, baris kedua ialah "sebilah pisaumuaku tidak gentar". Penyajak telah menggunakan pisau sebagai simbol bagi ugutan yang ditujukan oleh musuhnya kepada penyajak. Namun, dia tidak takut dengan ugutan musuhnya malah dia mencabarnya setelah berasa tersinggung dengan kata-kata kejian yang diucapkan oleh musuhnya, dapat dipetik daripada baris ketiga hingga kelima "sepatah kata bisa, aku merasa". Rangkap terakhir "Hati dan rasa mengajarku, aku menjadi lebih berani" menegaskan juga keberanian yang timbul setelah mempelajari sikap yang harus diambil daripada sengketa yang dia hadapi itu. Penyajak bertambah berani memutuskan sendiri sikapnya yang tegas itu, setiap waktu pada masa depan ekorang daripada persengketaan sedemikian. Gaya Bahasa: Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa di dalam sajak ini. a)i) ALITERASI Salah satu daripadanya ialah aliterasi 'b' yang terdapat dalam rangkap pertama septain pada baris yang kedua iaitu "berbaju biru". Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai dua konsonan 'b' pada awal suku kata iaitu "ber" dan "ba" dalam perkataan "berbaju" dan "bi" dalam perkataan "biru". ii) Satu lagi aliterasi terdapat di rangkap kedua quint baris pertama "bila begini", di mana adanya aliterasi 'b'. B) ASONANSI Baris yang sama "bila begini" juga mempunyai unsur asonansi, di mana vokal 'i' dalam suku kata "bi", "gi" dan "ni" mempunyai bunyi yang sama. Dalam rangkap yang sama baris kedua pula. aliterasi juga boleh didapati dalam "sepatah kata". Bunyi vokal "a" ada pada suku kata "pa" dan "tah" dalam perkataan "sepatah" serta "ka" dan "ta" dalam perkataan "kata". Frasa "sepatah kata" juga merupakan sebuah klise yang kerap digunakan dalam bahasa. C) SINKOF Sinkof "mu" dapat diperlihatkan di dalam perkataan "pisaumu" yang ada pada rangkap kedua baris kedua, serta sinkof "ku" yang terdapat dalam perklataan "bajuku" pada rangkap pertama baris kedua. "Hatimu tidak setulus hatiku" merupakan eufumisme kerana ia adalah cara yang lebih sopan untuk menyampaikan maksud bahawa hati seseorang itu adalah busuk. Terdapat dua simbol, iaitu dalam rangkap pertama baris kedua dan ketiga di mana penyajak telah menggunakan baju untuk melambangkan pula ugutan dari musuhnya itu. Akhirnya, rangkap ketiga distikon baris pertama "Hati dan rasa mengajarku" merupakan personifikasi. Hati dan rasa telah merupai perbuatan manusia iaitu mengajar, sesuatu yang mustahil berlaku. Tema dan Persoalan: Sajak ini bertemakan ketabahan,ia menyatakan keberanian seorang wanita dalam mengharungi cabaran seperti pergaduhan yang sedang dialaminya itu. Dari stanza yang pertama, kita dapat mempelajari bahawa seperti pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain, manusia tidak serupa dalam segi pemikiran dan perangai, seperti penyajak dan musuhnya itu yang bergaduh kerana perbezaan mereka. Stanza kedua pula menjelaskan bahawa tentu ada kejadian yang tidak diundang berlaku seperti ugutan dan kata-kata sindiran, seperti yang dialami penyajak. Semua kejadian yang berlaku tentu terdapat sesuatu hikmah atau makna yang tersirat disebaliknya seperti yang dikemukakan pada stanza terakhir, di mana penyajak telah menjadi lebih berani untuk menghadapi cabaran semasa pergaduhan itu. MEMAHAMI SAJAK -TEMA, PERSOALAN dan PERUTUSAN- ~PENGANALAN~ Sajak perlu dihayati dan difahami. Dibaca beberapa kali shingga benar-benar difahami setiap patah dan baris yang ada. Setiap perkataan yang ditemui mengandungi makna yang boleh dihuraikan dengan panjang lebar. Si penyajak gemar menggunakan kata-kata yang paling ekonomis dengan makna yang luas. Maka itu, pembaca haruslah mula mentasfir dari tajuk hingga baris akhir dalam sajak. Kadang-kadang tarikh dan nama tempat yang disertakan oleh penyajak di akhir sajaknya dapat juga membantu pembaca untuk memahami dan menghayatinya dengan lebih mendalam lagi. ~TEMA~ Tema ialah persoalan pokok atau idea utama yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca melalui sajaknya. PERSOALAN pokok ini merupakan perkara yang menjadi fokus dalam sesebuah sajak. TEMA menjadi dasar kepada karya dan menggerakkan jalan cerita atau isi sajak secara keseluruhan. Dalam sesebuah sajak atau karya, hanya terdapat SATu tema. - Proses mendapatkan tema perlulah melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan. - Biasanya salah satu daripada persoalan yang dikemukakan oleh penyajak dapat dijadikan tema sajak. - Persoalan yang paling penting atau paling banyak diperkatakan oleh penyajak boleh disilpulkan sebagai tema. ~PROSES MENGENAL PASTI TEMA DAPAT DILIHAT SEPERTI BERIKUT~ Rangkap 1 -> Maksud -> Persoalan -> T Rangkap 2 -> Maksud -> Persoalan -> E Rangkap 3 -> Maksud -> Persoalan -> M Rangkap 4 -> Maksud -> Persoalan -> A ~ PERSOALAN~ Perkara-perkara atau isu=isu sampingan yang dikemukankan oleh penyajak dalam sesebuah karya puisi/sajak. Contoh : persoalan dalam sajak, persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam sajak menyokong tema yang dikemukakan dalam sajak tersebut. - satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. - satu rangkap mengandungi satu persoalan. - seperti kemiskinan, kebebasan sosial, cinta remaja dsbnya. Untuk menganal pasti persoalan : 1. berikan maksud keseluruhan sajak dari rangkap mempunyai persoalannya tersendiri. 2. persoalan-persoalan sajak ialah rumusan daripada kesemua rangkap sajak yang telah dihuraikan maksudnya. ~PERUTUSAN~ Disebut juga sebagai amanat, motif atau tujuan sebenar penyair menghasilkan puisi. Perutusan bersifat positif dan konstuktif atau mengarah kepada hal-hal yang baik dalam kehidupan manusia. Perutusan pada hakikatnya dapat disebut sebagai PESANAN penting yang ingin disampaikan oleh PENYAJAK di sebalik pemikiran yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, sesungguhnya sesuatu sajak itu mengisahkan tentang pohon atau sungai tetapi ia mempunyai perutusan yang positif di sebaliknya dan menjadi amanta atau pesanan yang baik kepada pembaca. ~MEMBERI MEKSUD atau MENGHURAI~ Memberikan MAKSUD sesuatu sahaja itu TIDAK SAMA degan MEMPROSAKAN. Dalam memberikan maksud atau menghurai, kita mempunyai kebebasan yang lebih mengikut kefahaman yang diperoleh. Satu rangkap hendaklah dihurai dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. Tujuan huraian ini adalah untuk memberikan kefahaman sebenar kepada pembaca lain. Ini bermakna memberi maksud buasanya menjadi lebih panjang daripada sajak asal ataupun daripada bentuk memprosa. Isnin, 2008 Julai 28
RANGKAP 1 Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati -Menerangkan keadaan kota pada waktu petang ketika hujan melanda kota di mana warga-warga kota terpaksa menunggu di dalam kenderaan mereka kerana terjadinya kesesakan jalan raya dengan hati yang begitu bengang -"Tika gerimis menabur benih"Menunjukkan bahawa ketika itu sedang hujan. -"Lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati"Menunjukkan bagaimana warga-warga kota tidak suka menunggu menyebabkan mereka harus menunggu dengan hati yang marah. RANGKAP 2 Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa. -Menerangkan perasaan warga-warga kota yang tetap harus menunggu dan semakin lama merka menunggu, semakin marah mereka rasa. Ini kerana mereka tidak suka menunggu dan juga kerana mereka mula berasa bosan. -"Ketidaksabaran membengkak"Warga-warga semakin marah apabila mereka tetap harus menunggu dan menunggu apabila terjadinya kesesakan jalan raya. -"Kebosanan mengigit pangkal rasa"Warga-warga kota ini mula merasa bosan dengan keadaan yang harus mereka lalui itu. RANGKAP 3 Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. -Menerangkan mengenai warga kota pada zaman ini di mana mereka tidak lagi mempunyai adab & etika. Yang ada ialah keadaan yang kacau-bilau kerana mereka tidak boleh bersabar. -"budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku"Ini menunjukkan ketiadaan adab antara warga kota kini. -"menghakis sopan santun seperti banjir kilat"Menunjukkan bagaimana sopan santun telah pun pupus dengan cepatnya di dalam zaman ini. Oleh kerana itu warga-warga kota kini sudah tidak lagi bersopan-santun. -"yang hadir adalah keserakahan"Menunjukkan bahawa huru-hara sahaja yang ada dalam kehidupan warga-warga kota ini. Tiada keharmonian di antara mereka disebabkan ketiadaan adab dan etika dalam diri mereka. Rangkap 4 Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadabanpara pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim. -Menerangkan bagaimana jalan-jalan kota kini semakin ganas dan manusia berkelakuan tidak sopan santun antara satu sama lain."jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan" -Menunjukkan bagaimana kota kini sudah tidak sedamai dahulu. Ini disebabkan warga-warga kota kini yang sudah lagi tidak beretika. -"perlumbaan kebiadaban para pesakit"Warga-warga kota kini sudah tidak waras lagi. Mereka bukan ingin berlumba untuk menjadi orang yang baik. Mereka kerap bertengkar sesama sendiri da ingin menunjukkan siapa yang lebih biadab -"kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim"Lama-kelamaan manusia tidak lagi mempunyai sifat perikemanusiaan antara satu sama lain dan huru-hara akan tercetus daripada sifat itu. GAYA BAHASA jalan-jalan -Kata ganda tika gerimis menabur benih -Personifikasi menerima kehadiran warga kota -Personifikasi lelah meresahkan -Personifikasi ketidaksabaran membengkak -Personifikasi kesombongan merajai setiap ruang -Personifikasi kebosanan menggigit pangkal rasa -Personifikasi yang hadir adalah keserakahan -Personifikasi santun -Personifikasi memacu menghimpun -Alliterasi sopan santun -Alliterasi seperti banjir kilat -Simili pinggir perjalanan -Alliterasi para pesakit -Alliterasi Derita Pertama Makna: Stanza pertama membawa maksud bahawa Nabi Adam iaitu "bapa kita", telah membuat kesilapan kerana tergoda dengan buah khuldi. Ini dibuktikan pada baris ketiga dan keempat "kerana mencari syurga di celah buah khuldi". Baris ini menyatakan bahawa Adam hendak mencari nikmat yang ada di sebalik buah khuldi yang haram itu. Oleh itu, Adam telah dihantar untuk menetap di tempat yang asing baginya sebagai hukuman, seperti yang dijelaskan pada baris kedua "yang tercampak dari seberang dunia." Stanza berikut pula menggambarkan suasana di dunia yang baru itu. Adam berada di tempat yang mempunyai persekitaran yang berbeza dengan tempat tinggalnya dahulu. Baris pertama dan kedua " Waktu terlantar di dunia baru, hari tengah malam" menjelaskan suasana yang asing itu. Di dunia yang baru bagi Adam, siang hari yang selalu dilihatnya, telah diambil alih oleh malam. Baris ketiga,"ia tidak mengerti apa yang telah terjadi" membawa maksud bahawa seumur hidupnya di syurga, Adam tidak pernah mengalami malam lalu "tidak mengerti apa yang telah terjadi". Oleh kerana tidak biasa dengan waktu di sana, baris terakhir "mulutnya bisu" menyatakan bahawa Adam tidak sangka hukumannya agak berat sehingga dibuang ke tempat yang tidak pernah diketahuinya. Ketakutan Adam di dunia baru itu diperlihatkan di stanza yang seterusnya. Baris kedua menguatkan lagi kenyataan ini kerana Adam "mulai merasa cemas akan kegelapan", menunjukkan bahawa Adam gementar dengan malam hari, sesuatu yang tidak pernah dialaminya. "Segumpal awan hinggap ke kening" pada baris ketiga bermaksud bahawa pemikiran Adam tertutup dan kabur kerana " ia tidak tahu apakah itu" di mana perkataan "itu" merujuk kepada kegelapan malam hari. "Sepanjang malam ia tercengang" pada stanza keempat baris pertama menekankan lagi bahawa Adam tidak tahu apa yang dibuat kemudian untuk meneruskan kehidupannya di dalam keadaan yang tidak lazim dialaminya. Baris kedua "dari hatinya mengalir sungai duka" membuktikan bahawa Adam turut berasa sedih dan kesal akan perbuatannya kerana kesilapannya itu yang menyebabkan dia berada di dalam kesusahan dan kesepian. "Rimba kegelapan tubuh seorang" pada baris ketiga dan keempat menunjukkan kesesalan Adam apabila dia memikir tentang menempuhi hidupnya sebagai seorang yang tidak lagi mempunyai masa hadapan yang cerah. Stanza yang terakhir membesar-besarkan dan menekankan lagi kesedihan yang dirasanya pada malam itu. "Air matanya membelah muka bulan" membuktikan bahawa Adam menangis dalam kedukaan "sepanjang malam". Gaya Bahasa: Rangkap pertama quatrain baris pertama "Adam ialah bapa kita" merupakan asonansi yang mempunyai vokal "a" pada suku kata dalam frasa itu. Bunyi vokal "a" yang sama memberi frasa itu sebuah ritma yang sedap didengar apabila dibaca kuat. Pada rangkap kedua quatrain baris pertama, frasa "di dunia" mempunyai unsur aliterasi "d", di mana kedua-dua perkataan itu bermula dengan huruf konsonan "d". Bahasa asing terdapat dalam rangkap pertama baris keempat iaitu "khuldi" yang berasal dari bahasa Arab. "Hari tengah malam" pada rangkap kedua baris kedua adalah paradoks kerana di frasa itu, makna perkataan "malam" bertentangan dengan perkataan "hari". Baris terakhir pada rangkap yang sama "mulutnya bisu" adalah frasa yang klise kerana selalu digunakan dalam bahasa. Unsur simbol terdapat pada rangkap ketiga baris ketiga "segumpal awan". Ia melambangkan kekaburan yang menutup fikiran Adam semasa terlantar di dunia baru itu. "Hatinya mengalir sungai duka" juga merupakan simbol untuk melambangkan kesedihan yang dirasai Adam. Sinkof "ku" terdapat di perkataan "kutempuh" yang ada pada rangkap keempat baris ketiga. Rangkap keempat baris keempat dan kelima, "rimba kegelapan tubuh seorang" adalah ambiguiti kerana maknanya agak kabur dan tidak dijelaskan lagi dalam sajak itu. Ia boleh membawa makna bagaimana cara untuk Adam menempuhi kegelapan malam hari atau kegelapan tubuh seseorang, iaitu masa hadapan seseorang yang gelap. Stanza terakhir "air matanya membelah muka bulan" merupakan hiperbola untuk membesar-besarkan lagi betapa gundah-gelananya Adam itu. Tema dan Persoalan: Sajak ini bertemakan penderitaan, ia mengisahkan bagaimana Adam terseksa dalam penderitaan. Dari stanza pertama, kita dapat pelajari bahawa manusia tidak terhindar dari membuat kesilapan termasuk nabi yang akhlaknya dipersamakan dengan malaikat, seperti Nabi Adam. Stanza kedua pula menunjukkan bahawa sekiranya seseorang membuat suatu kesilapan, dia akan dihukum juga akhirnya. Hukuman yang dihadapinya itu agak berat, sebagai balasan kepada kesilapannya itu. Di dalam sajak, Adam telah menerima hukuman yang sangat berat baginya; dipulaukan di tempat asing keseorangan sahaja. Namun, kesilapan yang kerap dilakukan oleh manusia ada juga kebaikannya, iaitu ia menyedarkan seseorang akan kesilapannya itu dan mengajarnya untuk mengelak dari membuat kesilapan yang sama pada kali yang lain. Stanza keempat membuktikannya, apabila Adam telah berasa sedih dan juga kesal akan perbuatannya itu kerana ia adalah sebab dia menerima hukuman yang berat. Pembeli Masa Sudah T. Alias Taib Tema: Pengalaman Seorang Penyair Stanza 1:Penyair ialah pengunjung pasar kisah Peraih pengalaman Dan pembeli masa sudah. Kerana aku penyair kupenuhi hidupku Dengan kembara dan deria Yang kian memberat di pundakku. Kulalui lorong-lorong hari sepiku Dari gelisah ke payah Dari sedih ke perih. Makna: Penyair diibaratkan sebagai seorang yang sering memerhatikan apa-apa yang berlaku di sekelilingnya. Beliau menjadikannya sumber pemikirannya. Beliau juga terpaksa memenuhi hidupnya dengan kepekaan dalam pemerhatiannya walaupun terasa ia amat membebankan. Penyair juga mencari pengalaman untuk menghilangkan rasa sepi dan untuk dibuat syair. Persoalan: Tentang hidup seorang penyair yang menghasilkan karya dengan memerhatikan sekelilingnya di samping menimba pengalaman. Gaya bahasa:-Aliterasi: Peraih pengalaman -Sinkof: Ku -Asonansi: Dengan kembara dan deria -Gandaan: Lorong-lorong Stanza 2:Di pasar yang dihingari kisah ini Aku dipanggil peraih cerewet Pemilih yang sukar membuat pilihan Pembeli yang keliru dengan tawaran. Kerana aku pemilih ruwet Aku harus hati-hati; Pilihan menonjolkan mutu Dan mutu memantulkan peribadi. Makna: Penyair sering dikritik (peraih cerewt, pemilih yang sukar membuat pilihan) tetapi dia percaya bahawa sikapnya itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Padanya, dia harus memilih dengan betul dan teliti kerana apa yang dipilihnya mencerminkan peribadinya dan apa yang orang fikir terhadapnya juga. Persoalan: Tentang hidupnya yang dikritik orang walaupun tindakannya untuk kebaikan diri. Gaya bahasa:-Gandaan: hati-hati -Simbol: peraih cerewet Stanza 3:Aku pembeli masalah orang Menyusunnya menjadi kata-kata Dan menjualnya kepada pemikir. Aku juga kadang-kadang pembeli Masalah dan masa sudah sendiri. Tidak seperti ikan dan sayuran, Masa sudahku lebih mahal Sesudah senja dan murah Di sebelah pagi. Makna: Penyair juga bertugas sebagai pemerhati masalah orang lain. Dengan ini, dia menulis tentangnya dengan menghasilkan puisi untuk menolong menangani masalah itu ataupun untuk menjadi bahan tinjauan kepada pembaca. Hasil karya dianggap lebih bererti daripada hasil barangan. Saya dapat tukil bahawa frasa 'Mahal sudah senja' membawa maksud bahawa hari hampir tamat, kembara penyair juga tamat maka lebih banyak ilmu telah ditimba. Sementara itu, 'murah di sebelah pagi' pula membawa maksud hari baru bermula oleh itu kembaranya baru hendak bermula, maka ilmu atau pengalaman masih belum banyak ditimba. Persoalan: Tentang bagaimana hasil puisinya bererti dengan masalah orang atau sendiri sebagai bahan. Gaya bahasa:-Simbol: 'lebih mahal sesudah senja', 'murah di sebelah pagi' -Gandaan: Kata-kata, kadang-kadang -Simili: Masalah dan masa sudah sendiri, tidak seperti ikan dan sayuran -Aliterasi: 'sudah sendiri', 'Sesudah senja' -Sinkof: Ku Anak Laut Mengupas Sajak 1 : Anak Laut oleh Rahimidin Zahari Rangkap 1 : Rangkap 2 :
Khamis, 2008 Julai 24
Manusia dan Kesejahteraan Salmi Manja Tema: Kerosakan akhlak manusia zaman ini. Stanza1:Kelelahan kita semakin parah tenatnya Berserta kekejaman mengatasi kedamaian Titik pertemuan menjadi tentangan Tak siapa mau beralah Makna: Pada masa kini, orang lebih menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah dan untuk mencapai keamanan. Apabila berhimpun ataupun berkumpul, pertelingkahan akan tercetus kerana tiada pihak yang mahu 'beralah'.Semua mahu menang ataupun mahu mendengar cakapnya sendiri. Persoalan: Tentang bagaimana manusia mahu mendapatkan kedamaian di tengah-tengah perlumbaan mengejar kuasa dan kekayaan. Gaya bahasa: -Asonasi:Kelelahan kita semakin parah tenatnya -Aliterasi:Kelelahan kita -Sinkof:Tak, Mau -Ambiguiti:Kelelahan kita semakin parah tenatnya Stanza2: Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan Janjikan harapan semanis janji orang bercinta Setiap pembicaraan tanpa persatuan Kejujuran mati di hati Makna: Pada masa ini, tiada sesiapa yang 'sanggup bersemboyan' iaitu mengambil inisiatif agar manusia di dalam dunia ini hidup bersepadu dan berakhlak tetapi setiap kali mereka cuba mereka gagal. Manusia hanya pandai berjanji tetapi tidak pintar menunaikannya. Malah, mereka membuat sesuatu keputusan itu tanpa perbincangan terlebih dahulu. Ayat terakhir, 'Kejujuran mati di hati', menunjukkan bahawa sifat jujur itu seperti tidak wujud lagi. Gaya bahasa:-Metafora:Janjikan harapan semanis janji orang bercinta -Asonasi:mati di hati Stanza3: Hari ini tak payah parau bertanya Ketuaan dunia akan tenggelam juga Dalam kebodohan manusia Yang kian bermuka dua Makna: Manusia tidak perlu lagi bersusah payah sehingga penat menanyakan sesuatu kerana pada akhirnya kebodohan manusia akan menghasut dan mempengaruhi kebaikan bumi ini. Perkataan 'tua' boleh menjadi simbol bahawa seseorang itu jika lebih tua, lebih berpengalaman dan berguna. Maka, 'ketuaan dunia akan tenggelam juga dalam kebodohan manusia' membawa maksud bahawa manusia kini tidak memanfaatkan penggunaan bumi ini lagi. Persoalan: Kebodohan manusia akan menjejas kebaikan bumi. Gaya bahasa:-simbol:'ketuaan dunia', 'parau bertanya' -Sinkof: Tak -Asonasi: tak payah parau bertanya -Klise:bermuka dua Stanza4: Demi kelak dewasanya anakku Kau bikinlah perhitungan sendiri Untuk menjengah neraka kecintaan manusia Mencucuri bahan api neraka Makna: Di dalam stanza ini, saya dapat tukil bahawa dia mahu memberitahu anaknya, bahawa jika dia sudah dewasa, dia haruslah memilih atau membuat keputusan sendiri. Mereka harus memilih sama ada mahu mengunjungi 'neraka kecintaan manusia' serta menjadi ahli kepada neraka manusia ataupun bumi yang penuh dengan manusia yang telah rosak akhlak mereka itu. Persoalan: Menyuruh anaknya membuat keputusan agar mahu mengikut sesuatu yang bersalahan dengan tuntutan agama di dalam bumi yang sudah penuh dengan penghuni yang rosak akhlaknya. Gaya bahasa: -Simbol:'neraka kecintaan manusia' -Paradoks: 'neraka kecintaan manusia' Stanza5: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA! Hanya kesejahteraan membunga api. Makna: Semakin kita mempelajari dan mengamalkan ajaran kitab suci, semakin kita mendambakan kehidupan yang aman sejahtera. Persoalan:Perihal mengikut arahan Islam ke arah kesejahteraan. Gaya bahasa:-Asonasi: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! |